Wednesday, 19 September 2012

BISKUT SAMPERIT

Bahan-bahan
250g mentega
100g gula aising (aku gunakan 80g je...x nk manis sgt)
100g tpg kastard
100g tpg gandum
200g tpg jagung

Cara-cara

  1. Gaulkan semua bahan di dalam 1 bekas hingga sebati.
  2. Masukkan dlm acuan dan bentukkan mengikut yg dikehendaki.
  3. Bakar sampai masak di dalam oven.

Tuesday, 18 September 2012

POPIA NESTUM

Popia nestum atau nama glemer bg org utara Suci Dalam Debu..mmg sedap. Sekali makan payah nk berenti, asyik mengunyah je. Nak makan sat ja, tp buat ckp seksa. Popia nak kena potong kck2, pastu lipat lg...x pun nak kena gulung n lekatkan dgn air.

Ini cara yg paling mudah aku buat tp amik masa 2 ari gak la sbb ank kecik kacau, potong popia kck2 je then trs goreng...

Bahan-bahan

1 bungkus kulit popia
4 cawan nestum
1 cawan gula
1 cawan susu tepung
Minyak utk menggoreng

Cara-cara

  1. Kulit popia dipotong kecil2.
  2. Goreng dalam minyak yg byk.
  3. Kisarkan gula dan nestum.
  4. Gaulkan semua bahan di dalam 1 bekas.


*pastikan popia dh sejuk ye sblm digaulkan semua bahan.

Puas ati bila Iman yg sgt2 la cerewet nk mkn tu kata cedap mama. Dok tgh menggoreng popia dh ada 2 bdk bawak mangkuk menunggu nak makan. Angkat je popia trs kena ngap...



ROTI ARAB





Ini roti Arab utk sarapan pagi, second time buat elok menjadi. 1st time buat dia tak nak mengelembung dgn cantik.Sedap dan lembut walaupun dah sejuk. Utk rujukan akn datang, inilah resipinya

Bahan-bahan
250 g tepung gandum
3 g yis kering
1 sudu besar mentega
1 sudu besar minyak
150 ml air suam
1 sudu besar gula

Cara-caranya
  1. Tepung digaul dengan yis dan mentega.
  2. Minyak dan gula dibancuh dgn air suam.
  3. Kemudian, campurkan semua bahan dan uli sehingga tidak melekat di tangan.
  4. Perap selama 1 jam dlm beg plastik yg tertutup atau bekas tertutup.
  5. Uli semula dan buat bulat-bulat.
  6. Canai nipis
  7. Panaskan minyak dan goreng sebiji2, tunggu hingga kembung baru diterbalikkan.

Monday, 17 September 2012

SALAM

Sebenarnya aku ni bukan la pakar dalam masakan...just baru nak berjinak-jinak dalam bidang masakan ni. Suami pun cakap yang masakan aku ni sekadar boleh dimakan. So this blog is created sebagai tempat rujukan dan berkongsi dengan sesiapa saja yang berminat dalam masakan. As a mother aku nak anak-anak dapat makan yang berzat dan juga berkat. Kebersihan pun terjamin.